1.0 PENGENALAN
Dasar memartabatkan Bahasa
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Dasar memartabatkan Bahasa
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 8 Julai 2009.
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi Mata pelajaran Sains dan Matematik
di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan bahasa
Malaysia adalah kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi
alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina Negara
bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Manakala
strategi memperkukuh penguasaan bahasa inggeris melibatkan penambahbaikan
kurikulum bahasa inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan
berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Tujuan utama bagi memperkukuh
bahasa inggeris adalah kerana bahasa binggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Selain
itu, pelaksanaan dasar ini adalah salah satu cara untuk mentransformasikan
kurikulum BM dan BI disamping memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta
berkongsi kepakaran penutur jati BI dan
guru kontrak. Ia juga dapat memperluaskan penggunaan bahan dan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dalam BM dan BI. Di samping itu, penempatan bagi guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas serta
dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa dan mengukur
pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS).
Matlamat utama MBMMBI
adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan BM dan
BI yang standard, membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu
melalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk 1Malaysia yang mempunyai
jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa kearah mencapai Negara maju.
2.0 ISU-ISU
TERKINI DALAM PELAKSANAAN DASAR MEMARTABAT BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)
2.1 ISU
BAHASA: MBMMBI IMBANGI PENGUASAAN DUA BAHASA UTAMA
Bahasa
merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa
seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan
sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya
berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang
utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu
dengan sebaik-baiknya.
Kepentingan
terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi
lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa
dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka
dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab.
Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu
sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran, penggerak dan pendorong
pengajaran dan pembelajaran, pembimbing
murid dan pemupuk semangat, serta pembentuk sahsiah murid.
Hasil
daripada kajian lapangan mendapati murid sukar memahami pengajaran Matematik,
Sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana itu, Kementerian Pelajaran pada 2010
menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada 2011 yang mana murid Tahun Satu pada
tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Malaysia sepenuhnya.
Bagaimanapun,
peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu menimbulkan kerisauan ibu
bapa kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak. Kabinet memutuskan
untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI meneruskan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa
Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki
Tingkatan Satu bermula tahun hadapan.
Bagaimanapun, kerajaan berharap
keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun Dua hingga
Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat
Tingkatan Lima dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan
ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) tidak akan terjejas.
Dengan pendekatan soft-landing ini,
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan
dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016. Manakala di sekolah
menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini
adalah pada 2021.
Kajian Kementerian Pelajaran ke atas
semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah sudah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan, kurang lima peratus daripada jumlah kelas
di 7,495 sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik dan Sains. Manakala pada peringkat sekolah menengah,
kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan
bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.
Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematikdan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Murid mengambil masa lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran terbabit. Masalah seperti ini bukan saja dialami sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.
Antara inisiatif terbabit ialah
penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan
kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan
kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan
berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
3.0 KESIMPULAN
Kementerian
perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan.
Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting
supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik
dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan. Dasar MBMMBI yang menggantikan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI
bukan sahaja prinsip pendidikan yang bestari, tetapi pelan tindakan untuk
menjamin pelestarian warisan linguistik bahasa Melayu.
Hal
itu dikatakan demikian kerana dasar MBMMBI akan memastikan generasi muda
Malaysia cekap dalam penggunaan bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa
terpenting pada masa ini melalui pendekatan yang lebih berwaspada tentang imperialisme
bahasa Inggeris yang jika tidak diselenggarakan dengan baiknya, akan
menyebabkan peminggiran bahasa Melayu di tanah watannya sendiri. Walau
bagaimanapun, perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi
muda kita akan terus menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa negara. Oleh itu, dasar tersebut akan memastikan aspek budaya pada
ekologi linguistik negara yang ikut diwarnai bahasa Inggeris, khususnya yang
berkenaan dengan jati diri budaya negara Malaysia, akan terus dilindungi dalam
era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran banyak bahasa,
lebih-lebih lagi yang kecil dan tidak terkecuali juga beberapa bahasa besar,
oleh bahasa antarabangsa itu.
RUJUKAN
Melayu I.
Petaling Jaya: Longman.
Kementerian
Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan
pelajaran sekolah
rendah bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian
Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan
pelajaran kurikulum
bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment