Sunday, 3 November 2013

ULASAN ARTIKEL 4




JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK
SAINS (PPSMI) SEKOLAH RENDAH.
Oleh                :           JENRY BIN SAIPARUDIN
Daripada         :           https://docs.google.com/file/d/0BwULvuwQ1fl6bk00MGdtZzh1b0U/edit

Jurnal ini ditulis untuk melihat persepsi guru-guru yang terlibat secara terus dengan pelaksanaan dasar PPSMI. Ia dikhususkan untuk melihat secara lebih terperinci berkenaan dengan dasar dan matlamat program tersebut dilaksanakan. Kajian ini dilihat mengkaji secara lengkap berkenaan dengan kursus, latihan, sokongan daripada pentadbir sekolah, bahan bantu mengajar dan pendedahan maklumat yang berkaitan dengan PPSMI.

Hasil dari dapatan kajian menunjukkan responden menyatakan persetujuan yang positif terhadap bentuk latihan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan alat serta bahan bantu mengajar yang dibekalkan juga dilihat mencukupi bagi membantu guru-guru menjalabkan pengajaran dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, kajian juga mendapati beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki bagi mambantu untuk memantapkan pelaksanaan dasar PPSMI.

Jurnal ini juga menyatakan beberapa kajian luar yang menyatakan betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris yang telah diiktiraf dunia sebagai bahasa utama atau dipanggil sebagai bahasa global. Namun begitu, pengenalan dasar ini dilihat terlalu tergesa-gesa tanpa ada satu kajian ilmiah yang terperinci. Dapat dilihat bagaimana kemerosotan pencapaian pelajar-pelajar di dalam mata pelajaran sains dan matematik diperingkat awal pelaksanaan dasar. Pelbagai perkara lain perlu diambil kira seperti faktor persekitaraan di antara kawasan bandar dan luar bandar yang sangat memberi kesan kepada pencapaian pelajar apabila dasar PPSMI ini dilaksanakan.Aspek pengisian di dalam bahan bantu mengajar yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu diperhalusi lagi bagi memastikan ia benar-benar mampu untuk membantu guru semasa menjalankan pengajaran.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah bahawa pelaksanaan sesuatu dasar perlu dilakukan dengan jelas dan memerlukan kajian ilmiah yang lengkap untuk melihat padangan pakar dari pelbagai aspek. Pengenalan dasar MBMMBI bagi menggantikan PPSMI dilihat mampu untuk mengimbangi kembali kelemahan-kelemahan yang telah berlaku semasa pelaksanaan dasar PPSMI.

No comments:

Post a Comment