Persepsi
Guru Sains PPSMI Terhadap Masalah Perlaksanaan Pengajaran Subjek Sains
(PPSMI)
Di Sekolah Rendah Kawasan Skudai, Johor Bahru.
Oleh : Aziz B Nordin dan Yang See Boon
Kajian ini dijalankan untuk melihat
persepsi guru Sains yang menjalankan proses pengajaran menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Menggunakan sekolah rendah di kawasan Skudai sebagai
tempat kajian, beberapa aspek seperti faedah penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar, pendedahan maklumat berkaitan dengan PPSMI dan permasalahan
yang berlaku semasa melaksanakan dasar PPSMI.
Menggunakan 87 orang guru sebagai
sample kajian, dapatan kajian menunjukkan guru-guru memberikan persepsi yang
rendah terhadap faedah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan
pendedahan berkenaan PPSMI juga di dapati kurang diterima oleh sample kajian.
Guru-guru yang digunakan sebagai sample juga menyatakan perlbagai masalah yang
dihadapi mereka sepanjang pelaksanaan dasar PPSMI namun begitu segala
permasalahan yang diajukan masih berada pada tahap sederhana. Perkaitan antara
masalah dengan persepsi guru terhadap PPSMI jelas mempunyai signifikan.
Kesimpulannya kajian jelas
menunjukkan kelemahan yang berlaku untuk dasar PPSMI adalah dari aspek
pengurusan pelaksanaan dasar. Ketidakaturan dari aspek latihan kepada guru dan
pendedahan maklumat yang kurang jelas sekali mengganggu tugas guru untuk
melaksanakan proses pengajaran yang berkesan.
No comments:
Post a Comment