Mbmmbi from Mohd Azhar
Friday, 8 November 2013
Thursday, 7 November 2013
DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
1.0 PENGENALAN
Dasar memartabatkan Bahasa
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Dasar memartabatkan Bahasa
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 8 Julai 2009.
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi Mata pelajaran Sains dan Matematik
di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan bahasa
Malaysia adalah kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi
alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina Negara
bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Manakala
strategi memperkukuh penguasaan bahasa inggeris melibatkan penambahbaikan
kurikulum bahasa inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan
berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Tujuan utama bagi memperkukuh
bahasa inggeris adalah kerana bahasa binggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Selain
itu, pelaksanaan dasar ini adalah salah satu cara untuk mentransformasikan
kurikulum BM dan BI disamping memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta
berkongsi kepakaran penutur jati BI dan
guru kontrak. Ia juga dapat memperluaskan penggunaan bahan dan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dalam BM dan BI. Di samping itu, penempatan bagi guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas serta
dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa dan mengukur
pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS).
Matlamat utama MBMMBI
adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan BM dan
BI yang standard, membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu
melalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk 1Malaysia yang mempunyai
jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa kearah mencapai Negara maju.
2.0 ISU-ISU
TERKINI DALAM PELAKSANAAN DASAR MEMARTABAT BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)
2.1 ISU
BAHASA: MBMMBI IMBANGI PENGUASAAN DUA BAHASA UTAMA
Bahasa
merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa
seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan
sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya
berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang
utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu
dengan sebaik-baiknya.
Kepentingan
terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi
lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa
dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka
dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab.
Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu
sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran, penggerak dan pendorong
pengajaran dan pembelajaran, pembimbing
murid dan pemupuk semangat, serta pembentuk sahsiah murid.
Hasil
daripada kajian lapangan mendapati murid sukar memahami pengajaran Matematik,
Sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana itu, Kementerian Pelajaran pada 2010
menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada 2011 yang mana murid Tahun Satu pada
tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Malaysia sepenuhnya.
Bagaimanapun,
peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu menimbulkan kerisauan ibu
bapa kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak. Kabinet memutuskan
untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI meneruskan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa
Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki
Tingkatan Satu bermula tahun hadapan.
Bagaimanapun, kerajaan berharap
keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun Dua hingga
Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat
Tingkatan Lima dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan
ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) tidak akan terjejas.
Dengan pendekatan soft-landing ini,
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan
dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016. Manakala di sekolah
menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini
adalah pada 2021.
Kajian Kementerian Pelajaran ke atas
semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah sudah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan, kurang lima peratus daripada jumlah kelas
di 7,495 sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik dan Sains. Manakala pada peringkat sekolah menengah,
kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan
bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.
Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematikdan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Murid mengambil masa lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran terbabit. Masalah seperti ini bukan saja dialami sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.
Antara inisiatif terbabit ialah
penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan
kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan
kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan
berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
3.0 KESIMPULAN
Kementerian
perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan.
Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting
supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik
dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan. Dasar MBMMBI yang menggantikan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI
bukan sahaja prinsip pendidikan yang bestari, tetapi pelan tindakan untuk
menjamin pelestarian warisan linguistik bahasa Melayu.
Hal
itu dikatakan demikian kerana dasar MBMMBI akan memastikan generasi muda
Malaysia cekap dalam penggunaan bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa
terpenting pada masa ini melalui pendekatan yang lebih berwaspada tentang imperialisme
bahasa Inggeris yang jika tidak diselenggarakan dengan baiknya, akan
menyebabkan peminggiran bahasa Melayu di tanah watannya sendiri. Walau
bagaimanapun, perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi
muda kita akan terus menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa negara. Oleh itu, dasar tersebut akan memastikan aspek budaya pada
ekologi linguistik negara yang ikut diwarnai bahasa Inggeris, khususnya yang
berkenaan dengan jati diri budaya negara Malaysia, akan terus dilindungi dalam
era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran banyak bahasa,
lebih-lebih lagi yang kecil dan tidak terkecuali juga beberapa bahasa besar,
oleh bahasa antarabangsa itu.
RUJUKAN
Melayu I.
Petaling Jaya: Longman.
Kementerian
Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan
pelajaran sekolah
rendah bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian
Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan
pelajaran kurikulum
bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wednesday, 6 November 2013
ULASAN ARTIKEL 1
Oleh : Juniadi Awang Besar dan Mohd Fuad Mat Jali
Jurnal ini ditulis bagi menyokong
pemansuhan dasar PPSMI. Jurnal ini ditulis bersadarkan kepada beberapa kajian yang
telah dibuat sekitar tahun 2004 – 2008 di sekolah-sekolah terpilih di negeri
Selangor dan Terengganu. Penulisan jurnal ini dibuat dengan menyatakan beberapa
pendapat dari pelbagai sektor yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
Pendapat-pendapat yang diterima disertakan dengan bukti-bukti yang diperolehi
daripada kajian lapangan yang telah dijalankan.
Melalui jurnal ini juga, dinyatakan
beberapa bentuk kajian ilmiah lain yang telah dijalankan oleh ahli akademik
yang lain. Beberapa kajian menunjukkan perubahan bahasa pengantara dalam sesi
pengajaran dan pemebelajaran memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian
dan minat pelajar untuk mengikuti pengajian tersebut. Menurut satu kajian yang
dijalankan oleh Ho pada tahun 1989, perubahan bahasa pengantar di dalam
pengajaran bahasa Cina dan Matematik kepada bahasa Inggeris memberikan kesan
yang negatif kepada pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar-pelajar di kawasan
luar bandar juga menunjukkan penuruhan tahap pencapaian pelajar apabila dasar
PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan ( Mohamad Nasir Saludin et. all , 2002).
Selain daripada permasalahan yang
berlaku dari aspek pemahaman pelajar, aspek ketidupayaan guru di dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di
dalam bahasa Inggeris juga menimbulkan banyak masalah semasa pelaksanaan dasar
PPSMI ini. Faktor ketidaksediaan guru di dalam menjalankan proses pengajaran
menggunakan bahasa Inggeris menimbulkan isu yang sangat besar. Guru-guru tidak
mampu untuk berinteraksi dengan pelajar semasa proses pengajaran dijalankan.
Kedaan ini menimbulkan satu suasana yang membosankan di dalam kelas dan
seterusnya mengurangkan minat pelajar untuk belajar subjek tersebut.
Pelbagai pendapat dilontarkan oleh
ahli-ahli politik mengenai dasar PPSMI ini. Bagi ahli politik daripada parti
UMNO yang merupakan tunjang kepada kerajaan yang memerintah, mereka menyatakan
sokongan kepada dasar PPSMI ini, namun menyarakan beberapa kajian yang perlu
dilakukan bagi membolehkan pelaksanaan dasar ini dijalankan dengan lebih
sempurna. Begitu juga dengan parti MCA, pemimpin mereka kurang bersetuju dengan
pelaksanaan dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran sains dan
matematik di sekolah rendah aliran Cina. Mereka meminta supaya sekolah rendah
yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada
pelaksanaan dasar ini.
Bagi parti KEADILAN, mereka
menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan dasar ini kerana bagi mereka, dasar ini
akan mengakibatkan kehilangan identity bahasa Malaysia yang dijadikan bahasa
rasmi mengikut peruntukan perlembagaan. Parti DAP juga turut tidak bersetuju
dengan pelaksanaan dasar ini tetapi pada masa yang sama menyokong sebarang
usaha daripada pihak kerajaan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris
dikalangan pelajar di negara ini. Parti PAS menyokong usaha memansuhkan dasar
PPSMI kerana bagi mereka bahasa ibunda adalah basah terbaik di dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Bagi ahli-ahli akademik dan badan
NGO, usaha pemansuhan dasar PPSMI adalah satu usaha yang sangat baik bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat berjalan
dengan lebih baik dan mampu menghapuskan kesan terhadap jurang yang wujud bagi
kalangan pelajar luar bandar dan pelajar bandar. Penagalaman di sekolah juga
menunjukkan graf minat mengikuti pembelajaran sains dan matematik menunjukkan
penurunan yang ketara di sekolah luar bandar.
Kesimpulan yang dapat dibuat disini
pemansuhan dasar PPSMI adalah sesuatu yang sangat tepat. Perubahan bahasa
pengantar semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat mengganggu pelajar
dalam mengikuti pembelajaran. Pelbagai kekurangan dapat dilihat sewaktu
pelaksanaan dasar PPSMI, namun usaha kerajaan di dalam meningkatkan graf
pencapaian pelajar melalui pengenalan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) harus disokong sepenuhnya kerana ia
dilihat sebagai medium yang terbaik di dalam memastikan pelajar kita mampu
bersaing diperingkat global.
Tuesday, 5 November 2013
ULASAN ARTIKEL 2
Menyiasat
Framing Berita : Kajian Pembandingan Liputan Media Isu-isu Pendidikan
Kontemporari di Malaysia
Oleh : Chew Chee Khiang, Fauziah Ahmad,
Faridah Ibrahim & Chang Peng Kee
Kajian ini dijalankan untuk melihat
bagaimana akhbar bahasa Melayu dan akhbar bahasa Cina menggambarkan isu Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kajian
menggunakan kedua-dua akhbar sebagai medium utama untuk melihat bagaimana
liputan berita yang dibuat terhadap isu tersebut.
Mengambil dua isu utama iaitu isu
PPSMI dan isu MBMMBI sebagai tajuk utama, kajian ini dihasilkan untuk melihat
bagaimana liputan berita dibuat berdasarkan kepada lima bingkai ganerik yang
dikemukakan oleh Semetko & Valkenburg (2000) sebagai asas pembandingan.
Lima bingkai tersebut meliputi bingkai tanggungjawab, bingkai konflik, bingkai
moral, bingkai kesan ekonomi dan bingkai kepentingan manusia.
Dalam isu PPSMI dapat dilihat di
dalam kedua-dua akhbar, bingkai konflik adalah merupakan bingkai utama yang
menjadi laporan di dalam kedua-dua akhbar. Pelbagai isu berkenaan dengan PPSMI
ditulis dengan menekankan kepada aspek konflik yang berlaku sama ada ia
melibatkan kalangan pelajar, guru mahupun ibubapa. Pelbagai padangan diambil
sama ada pandangan yang dilontarkan oleh cendiakawan akademik mahupun ahli-ahli
politik. Semua berita yang dilaporkan diolah dengan menekankan kepada konflik
yang berlaku.
Berbanding dengan isu PPSMI, isu
MBMMBI iaitu satu dasar baru yang dikemukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi menggantikan dasar PPSMI akhbar bahasa Melayu menunjukkan bentuk
laporan yang lebih positif dalam meyokong dasar ini berbanding dengan akhbar
berbahasa Cina yang terus menekankan aspek konflik yang bakal berlaku atas
pelaksanaan dasar tersebut.
Dapat disimpulkan bahawa, akhbar
memainkan peranan yang cukup besar di dalam melaporkan sesuatu isu. Penerimaan
rakyat atau pembaca akan dipengaruhi oleh bentuk laporan yang ditulis di
dada-dada akhbar sama ada dalam akhbar berbahasa Melayu mahupun akhbar
berbahasa Cina.
Subscribe to:
Posts (Atom)