Menyiasat
Framing Berita : Kajian Pembandingan Liputan Media Isu-isu Pendidikan
Kontemporari di Malaysia
Oleh : Chew Chee Khiang, Fauziah Ahmad,
Faridah Ibrahim & Chang Peng Kee
Kajian ini dijalankan untuk melihat
bagaimana akhbar bahasa Melayu dan akhbar bahasa Cina menggambarkan isu Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kajian
menggunakan kedua-dua akhbar sebagai medium utama untuk melihat bagaimana
liputan berita yang dibuat terhadap isu tersebut.
Mengambil dua isu utama iaitu isu
PPSMI dan isu MBMMBI sebagai tajuk utama, kajian ini dihasilkan untuk melihat
bagaimana liputan berita dibuat berdasarkan kepada lima bingkai ganerik yang
dikemukakan oleh Semetko & Valkenburg (2000) sebagai asas pembandingan.
Lima bingkai tersebut meliputi bingkai tanggungjawab, bingkai konflik, bingkai
moral, bingkai kesan ekonomi dan bingkai kepentingan manusia.
Dalam isu PPSMI dapat dilihat di
dalam kedua-dua akhbar, bingkai konflik adalah merupakan bingkai utama yang
menjadi laporan di dalam kedua-dua akhbar. Pelbagai isu berkenaan dengan PPSMI
ditulis dengan menekankan kepada aspek konflik yang berlaku sama ada ia
melibatkan kalangan pelajar, guru mahupun ibubapa. Pelbagai padangan diambil
sama ada pandangan yang dilontarkan oleh cendiakawan akademik mahupun ahli-ahli
politik. Semua berita yang dilaporkan diolah dengan menekankan kepada konflik
yang berlaku.
Berbanding dengan isu PPSMI, isu
MBMMBI iaitu satu dasar baru yang dikemukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi menggantikan dasar PPSMI akhbar bahasa Melayu menunjukkan bentuk
laporan yang lebih positif dalam meyokong dasar ini berbanding dengan akhbar
berbahasa Cina yang terus menekankan aspek konflik yang bakal berlaku atas
pelaksanaan dasar tersebut.
Dapat disimpulkan bahawa, akhbar
memainkan peranan yang cukup besar di dalam melaporkan sesuatu isu. Penerimaan
rakyat atau pembaca akan dipengaruhi oleh bentuk laporan yang ditulis di
dada-dada akhbar sama ada dalam akhbar berbahasa Melayu mahupun akhbar
berbahasa Cina.
No comments:
Post a Comment